Impian vs Pengorbanan

4

Posted by Norazlizan Abd Rashid | Posted on 8:43 PTG | Posted in

Sewaktu selesai pembentangan Projek Master II,aku rasa sangat-sangat-sangat lega.Kepala sangat ringan,bahu takda beban,rasa semuanya terhapus begitu sahaja.Bak kata nini,’kepalaku seperti padang pasir’,dah takda apa dah.Tiada lagi ketegangan~tensen~.Tiada lagi tidur dalam kerisauan.Seperti dah keluar dari penjara segala projek dan tugasan~assignment~ serta peperiksaan.


Setelah sampai di rumah,hidup terasa sangat aman.Dapat jauh dari gelumang UTM selama 4 tahun.Tobat dah taknak belajar kat sana lagi.Tapi timbul pulak masalah di rumah.Aku paling tak suka bila masalah problem datang. Tapi kalau asyik lari dari masalah,memang tak akan selesai kerna masalah itulah yang akan mematangkan pemikiran kita.


Impian.Setelah ditelan segala ilmu mengenai safety.Aku jatuh cinta pada bidang ini sehingga cintaku terhadap chemistry kian luntur-Waktu puncak cintakan chemistry semasa di matrikulasi.Organic chemistry,terbaek!!-Honestly memang dah takda minat kat chemistry.Lalu aku menggunungkan impian untuk menjadi seorang safety officer@safety engineer@safety supervisor atau nak gunung yang lebih tinggi, aku nak jadi safety manager cewah cewah~yang ni betul-betul tak sedar diri~. Bukanlah kerana angka yang diterima setiap bulan tetapi kerana cabaran,kerja yang lasak,tensi di sana sini.Aku mahu merasa semua itu.

MAHU!

AKU MAHU!

AKU NAK!

I WANT IT!

Dan apa-apa sahaja yang sinonim dengannya.


Aku nak merasa setiap kesusahan itu.Dan setelah beberapa lama,barulah ingin menjadi pensyarah.Ya inilah planning long term aku~Pertama kali dalam hidup membuat perancangan jangka panjang~Tapi realitinya,kita hanya manusia yang merancang, Allah yang menentukan.Tapi tidak salah untuk berusaha kan?


Bukanlah dinyatakan di sini bahawa kerjaya pensyarah itu tiada cabarannya,akan tetapi aku mahu merasa yang satu ini dahulu.Kemudian yang itu.Tapi masalah problemnya kawasan heavy industry di tempat aku adalah jauh tapi tidaklah sampai beribu batu hatta sehingga sepurnama untuk tiba di sana,ia mengambil masa 40minit jika berkenderaan empat roda.Jauhlah kann!!


Kalau yang dekat ini agak kurang la heavy industrynya malahan tempat untuk bersyarahnya banyak sekali.Dan hampir semua manusia yang aku jumpa mencadangkan aku supaya mendidik.Oh tidakkah mereka tahu aku punya impian?Mereka memang tak tahu pun sebenarnya.


Tolonglah!Benarkan impian ini sampai ke puncaknya.Benarkan aku menggapai cita-citaku.Benarkan aku merasai kesusahan itu.Benarkan aku membuat keputusan sendiri. Dan benarkan hidup aku,aku atur sendiri.


Benarkan,

Aku mohon restumu.


Pengorbanan.Siapa yang tak sayang mak.Siapa yang tak sayang ayah.Tiada mereka maka tiadalah aku.Tiadalah kejayaan tanpa iringan doa dan restu mereka.Aku hargai setiap pengorbanan yang mereka.Tak habis-habis dicurahkan untuk anak degil yang satu ini.Nak belajar di Tangkak,hantar.Nak belajar di Skudai,hantar.Nak sambung belajar lagi,layan.Tak nak pergi ke Sekolah Teknik Rembau di saat akhir walau segala kelengkapan sudah disiapkan,terima sahaja.Dan aku tahu ayah kecewa di waktu itu…..


Keinginan aku dituruti,hampir segalanya.Dan mungkin sebab itu aku menjadi degil,degil untuk menuruti kehendak mereka sekarang. Kehendak yang kecil sahaja barangkali-bekerja berhampiran rumah dan menetap di rumah.Dan dan menjadi pensyarah-Itu sahaja.Aku tidak mahu menuruti.Aku membantah!.Kerna aku mahu bekerja di heavy industry itu dan perlu jauh dari mereka.Mahu!


Jauh di sudut hati,ingin sekali aku membalas segala jasa mereka yang tidak terhitung itu.Beli apa sahaja yang mereka mahu.Makan apa sahaja yang mereka mahu.Apa-apa sahaja!Tapi aku tidak mampu.Tidak mampu sekarang.Dan aku tahu inilah masanya giliran aku pula menuruti apa sahaja keinginan mereka,tapi yang satu ini…Huh bagaimana??


Sesungguhnya berkorban dan mendahulukan kepentingan orang lain dari kehendak diri sendiri akan dikurniakan ganjaran yang besar.Aku pernah dengar ayat ini -lebih kurang macam nilah-.Tapi timbul pula isu bagaimana jika tidak ikhlas.Seperti kahwin paksa yang menyebabkan isteri bertambah-tambah benci pada suami kerna dipaksa oleh keluarga.


Bagaimana jika tidak ikhlas dengan setiap perbuatan lalu mencetuskan rasa tidak berbaloi atas usaha yang dicurahkan?Atau senang cerita,tak enjoy lah.Aku seperti tiba di dua persimpangan di mana kedua-duanya tidak pasti akan penghujungnya.Harus ke kiri tau ke kanan?Diluah mati mak,ditelan mati bapak.


Aku berdoa pada Tuhan agar dibukakan pintu hati mereka untuk menerima setiap keputusan aku dan aku sangat pasti mak turut mendoakan aku supaya diterangkan hati untuk menurut kemahuan mereka juga.Oh ini dahsyat!


Sehingga satu tahap aku akan terima apa sahaja yang telah Kau takdirkan.Keinginan mereka atau impian aku.


Aku menanti.