ADAB BERDOA

0

Posted by Norazlizan Abd Rashid | Posted on 9:18 PTG | Posted in

Jangan makan makanan yang haram.Sekiranya ada seketul pun makanan yang haram masuk ke dalam perut, selama 40 hari doa tidak makbul.
Berdoalah dengan tenang dan tidak tergesa-gesa.Menggunakan suara yang lembut dan juga merendah diri.Meminta dengan rasa diri itu adalah hamba yang hina.Hamba yang langsung tidak memiliki apa-apa, yang ada hanyalah Tuhan yang memakbulkan.

WAKTU-WAKTU DOA DIMAKBULKAN
  • Pada waktu tengah malam yang sunyi.
  • Pada setiap akhir solat fardhu
  • Semasa sedang tahiyat akhir
  • Semasa hujan turun
  • Menghadapi musuh di medan perang
  • Antara azan dan iqamah
  • Sujud dalam solat
  • Selepas khatam membaca 30juzuk Al-Quran
  • Sepertiga malam sehingga waktu subuh
  • Malam jumaat
  • Sepanjang hari Jumaat dengan mengharapkan ijabah iaitu waktu diperkenankan doa antara terbit fajar dan terbenam matahari pada hari Jumaat
  • Antara waktu zohor dan asar
  • Antara waktu maghrib dan isyak
  • Bulan ramadhan lebih-lebih lagi pada malam LailatulQadar

Baca Dengar Hayati

8

Posted by Norazlizan Abd Rashid | Posted on 1:07 PG | Posted in


teringat selalu wajah kekasihku
saat ku menuai lalu
coba engkau dengarkan
ku tuaikan nada lirik lagu
 sederhana
ku ceritakan kisah tentang kita

peluklah tubuhku bila engkau rapuh
saat kau mulai terjatuh
aku datang menyelamatkanmu
ini surga kita tiada yang menguasainya
tempat kita bersandar dan bertahta

tenang sayang, ku pasti akan datang
yakinlah aku menjemputmu
jangan menangis, hapus air matamu
yakinlah ku tetap milikmu

tenang sayang, ku tepati janjiku
karna kau wanita terhebat
peluk tubuhku, matilah di pelukanku
biar seluruh jagad raya tahu

tenang sayang, ku sambut engkau datang
ku yakin engkau menjemputku
jangan menangis, hapus air matamu
yakinkan ku tetap milikmu

kau milikku


sedap kan kata-kata dia?tersentuh tak bila baca?ok ini bukan aku yang tulis.Ini lirik lagu.
Kangen Band-Yakinlah Aku Menjemputmu.
Bila dengar,asyik teringat Bella dan Edward Cullen.
Heeee demam Twilight belum sembuh.Oh oh tapi saya di Team Jacob ya!
Dengan tidak tahu malu,dengan ini diisytiharkan ini adalah soundtrack untuk Twilight Saga:New Moon
:p

Untuk tidak membuat Jacob kecik hati,maka



                                              haih
                                   mereka ini memang........
                           eh gambar kabur,erghhhhhhhhh


                                    
                                    haaa baru tak kabur
                                  eh mana twilight nya??...lalalalalala....

Manusia yang Bencana

4

Posted by Norazlizan Abd Rashid | Posted on 12:39 PTG | Posted in

Monsun datang lagi
Siang malam,hari menangis
Terlalu gembira,dicurahkan rahmat tak henti-henti
Bumi basah,langit mendung kerana awan berat setia melindungi
Tanah yang sakit merekah,sembuh subur dengan air yang meresap
Tasik yang  berpenyakit kering,kaya dan sihat dilimpahi air

Dahulu,
Panas membakar,
Terpaksa berkaca mata gelap pelbagai gaya ke sana sini
Terbawa-bawa pula ke dalam shoping mall
Huh poyo!
Pakaian juga makin kurang tutupnya
Panas..!

Kini
Hari menangis
Semua berpayung melindungi diri
Penunggang motosikal berbaju hujan ke tempat kerja
Kadang-kala lenjun disimbahi lopak-lopak deras oleh sang pemandu tidak berhati perut
Simpati pada mereka
Yang berada di rumah,diam
Malas dan tidur sahaja

Akan tetapi
Rahmat bertukar menjadi bencana
Menenggelamkan sebahagian kampung,pekan,bandar,negeri,negara
Semua berlari-lari mencari tempat berlindung
Bencana sudah tiba!

Oh! apa mungkin ini juga atas kesilapan manusia?
Tidak pernah berpuas hati
Sudah kaya ingin menjadi lebih kaya
Harta anak yatim kau kebas!
Yuran kolej kau tingkatkan!
Badan kerajaan kau swastakan!
Wang rakyat kau makan!
Umur pencen kau naikkan!
Harga petrol kau naikkan!
Harga tol kau naikkan!
Harga barang runcit turut kau naikkan!
Apa lagi?
Maka yang miskin terus miskin

Huh! Janji tinggal janji
Setelah kuasa di dalam genggaman
Mungkin Tuhan jadi marah
Lalu diturunkan balasan
Ah! orang seperti kau memang tidak sedar-sedar
Lantas ditudingkan jari atas kesalahan orang lain
Pertikaian di sana sini

Tenang sajalah semua
Aman sajalah semua
Akhirat kelak kau akan tahu




Dia Bersuara Aku Mendengar

6

Posted by Norazlizan Abd Rashid | Posted on 11:50 PTG | Posted in

Saat dia memanggil
Dengan tangkas aku merampas telefon dari ayah
Seperti sebelumnya
Mendengar setiap pertuturan kebiasaan
Tetapi kali ini agak pelik
Tona suaranya lemah, sungguh sayu
Warnanya kian pudar, kabur, kelam


Saat dia berbicara
Aku terkesima, sungguh
Sekeliling kian hilang
Segala laungan terhenti. Senyap
Seketika nanti, aku sendirian
Hanya cahaya itu memayungi, melindungi, menemani
Lalu aku tenggelam, sedikit-sedikit hanyut
Sesak nafasku seperti lemas
Sakit jiwaku seperti ditikam-tikam
Tatkala setiap bait kata-kata mengekori darah dan oksigen di tubuhku


Aku memuji
Memang hebat kau membelakangkan dia
Hebat juga kau ditipu olehnya
Aku tidak gembira malah tidak pula kecewa
Kerana aku sungguh terkesima dan masih terkesima
Aku merasai ruang kosong itu. Sepi


Walau kau lelaki
Walau kau egois
Aku tahu kau lemah saat ini
Kau lemah dengan cinta
Kau lemah dengan ‘bitch’ itu
Perlahan-lahan hati dan perasaan kau
Dikoyak dan diratah mentah-mentah olehnya
Dan kau menganggap di kepala ku ada dia? Bullshit!


Saat itu
Setiap kejutan memori muncul dari segenap celah kehidupan
Menerobos masuk ke daerah ini
Memanggil-manggil aku, melambai-lambai aku
Seluruh tenaga disatukan
Setiap kejutan memori kutitipkan
Menjadi garisan halus
Memenuhi ruang poros tembok lutsinar jajahan ini


Di luar sana realiti
Hidup yang gila!
Dunia yang celaka!
Satu langkah merentasi tembok itu
Setiap mereka menjadi bayang-bayang
‘Tinggallah kau di sana!’
Kerana aku terkesan dengan segalanya
Walau aku bukan pemeran utama




                               Dia yang frust               Aku yang terkesima

Noktah 3 Tahun

0

Posted by Norazlizan Abd Rashid | Posted on 11:47 PTG | Posted in

Satu kata tak dapat diungkap
Satu rasa tak dapat digambarkan
Satu persahabatan tak mampu diteruskan
Satu langkah yang terhenti
Di tiga persimpangan
Ke mana langkah ini?
Ke utara? Ke timur? Atau Ke Barat?

Yang pasti langkah ini bermula dari satu arah yang sama
Yang dijejak 3 tahun dahulu
3 tahun penuh keazaman
3 tahun penuh kenangan
3 tahun penuh suka duka
3 tahun penuh pertalian

Namun,
Tika ini,
Kesunyian menyelimuti seluruh susuk tubuh
Mencengkam kuat jiwa ini
Merapuhkan satu pendirian
Sehingga berkata
‘Aku pasrah dengan segalanya’



Ikut kata hati,
Biarkan ia berlalu
Biarkan ia pergi
Mengikut haluan sendiri

Aku di sini,
Hanya ingin menyudahkan sesuatu yang bermula
Tak tertahan lagi hati ini
Mahu saja aku berlari ke sempadan sana
Ke pangkuan wajah-wajah lelah menantiku
Dan tinggalkan segala sisa di sempadan ini
Tanpa sekelumit rasa sesal
Tanpa sebesar zarah pun rasa terkilan

Jauh di sudut hati
Tiada apa yang mampu menyerupai kamu
Aku masih menghitung langkah
Jangan toleh ke belakang!
Kerna tiada sisa yang menuntutku…


Apakah setiap yang bermula itu harus berakhir?
Perlukah noktah dalam pertalian ini?

Setelah 4 Hari Penghijrahan

4

Posted by Norazlizan Abd Rashid | Posted on 11:44 PTG | Posted in

Hujah-hujah di atas bukit bermula lambat sekali
Aku tiba,
Kelihatan dia yang separuh muka
Seperti menyerah segala konsentrasi
Atau,
Seperti tidak…
Hujah bermula
Entah apa simbol dan petanda-petanda dilemparkan
Satu-satu tanda kutitipkan
Ke dalam helaian-helaian segiempat tepat
Namun,
Fikiranku melayang-layang
Terbang…
Melintasi segenap ruang
Yang dipenuhi manusia pelbagai ideologi
Ruang yang meragut salur darahku
Aku mengeluh seketika
Hati tahanlah…
Aku, Kamu, Dia, Mereka
Aku melihat
Aku mendengar
Tapi tiada satu pun menusuk,
melekat,
menggodaku,
menarikku,
Tiada…
Mereka di sempadan mula berkata-kata
Seolah-olah yang dihadapan itu tiada gunanya
Sudah,
Aku insafi
Mahu mendengar
Adakah terlewat?


p/s : Nukilan bukan selepas hujan tetapi semasa kelas Process Safety Prof Arshad
Hah! Idea itu di mana-mana sahaja…
Isn 24Ogos09 Selamat Hari Kejadian Siti Atiqah bt Adam

Tanpa Nama,Tanpa Kata

6

Posted by Norazlizan Abd Rashid | Posted on 11:32 PTG | Posted in

Aku seperti burung
Aku terbang ke mana jua
Aku tidak tahu di mana jiwaku asalnya
Aku tidak tahu di mana asalku jua
Tapi aku selesa begini
Begitu bebas
Dari sudut pemikiran dan perasaanku
Tanpa sebarang penafian perasaan
Dan kesensitifan manusia lain
Tak perlu semua itu
Kerana aku ingin sendiri
Sekarang ini…
Di ruang biru yang meluas
Selepas turunnya titisan-titisan
Yang memberi ketenangan…
Aku sendiri
Melayang tanpa graviti….