Dia Bersuara Aku Mendengar

Posted by Norazlizan Abd Rashid | Posted on 11:50 PTG | Posted in

Saat dia memanggil
Dengan tangkas aku merampas telefon dari ayah
Seperti sebelumnya
Mendengar setiap pertuturan kebiasaan
Tetapi kali ini agak pelik
Tona suaranya lemah, sungguh sayu
Warnanya kian pudar, kabur, kelam


Saat dia berbicara
Aku terkesima, sungguh
Sekeliling kian hilang
Segala laungan terhenti. Senyap
Seketika nanti, aku sendirian
Hanya cahaya itu memayungi, melindungi, menemani
Lalu aku tenggelam, sedikit-sedikit hanyut
Sesak nafasku seperti lemas
Sakit jiwaku seperti ditikam-tikam
Tatkala setiap bait kata-kata mengekori darah dan oksigen di tubuhku


Aku memuji
Memang hebat kau membelakangkan dia
Hebat juga kau ditipu olehnya
Aku tidak gembira malah tidak pula kecewa
Kerana aku sungguh terkesima dan masih terkesima
Aku merasai ruang kosong itu. Sepi


Walau kau lelaki
Walau kau egois
Aku tahu kau lemah saat ini
Kau lemah dengan cinta
Kau lemah dengan ‘bitch’ itu
Perlahan-lahan hati dan perasaan kau
Dikoyak dan diratah mentah-mentah olehnya
Dan kau menganggap di kepala ku ada dia? Bullshit!


Saat itu
Setiap kejutan memori muncul dari segenap celah kehidupan
Menerobos masuk ke daerah ini
Memanggil-manggil aku, melambai-lambai aku
Seluruh tenaga disatukan
Setiap kejutan memori kutitipkan
Menjadi garisan halus
Memenuhi ruang poros tembok lutsinar jajahan ini


Di luar sana realiti
Hidup yang gila!
Dunia yang celaka!
Satu langkah merentasi tembok itu
Setiap mereka menjadi bayang-bayang
‘Tinggallah kau di sana!’
Kerana aku terkesan dengan segalanya
Walau aku bukan pemeran utama




                               Dia yang frust               Aku yang terkesima

Comments (6)

hye there.. at last huh?? aku mcm tau jek diz stori.. jauh tol bezanye between listening and reading... hehe;pp

mungkin ada bahagian2 yang kurang difahami atau perspektif agak berbeza.Definisi absolut ada pada aku.

kebenaran yg hakiki suda smestinya dr hati...

@mamato-yeah!tapi lelaki memang ego.

ye ejan...aku sokong...sememangnyer ego..hahaha..tbe2 lak aku menyibok..hahaha

sape tanpa nama ni??ha btol2 laki mmg ego..huh

Catat Ulasan