Setelah 4 Hari Penghijrahan

Posted by Norazlizan Abd Rashid | Posted on 11:44 PTG | Posted in

Hujah-hujah di atas bukit bermula lambat sekali
Aku tiba,
Kelihatan dia yang separuh muka
Seperti menyerah segala konsentrasi
Atau,
Seperti tidak…
Hujah bermula
Entah apa simbol dan petanda-petanda dilemparkan
Satu-satu tanda kutitipkan
Ke dalam helaian-helaian segiempat tepat
Namun,
Fikiranku melayang-layang
Terbang…
Melintasi segenap ruang
Yang dipenuhi manusia pelbagai ideologi
Ruang yang meragut salur darahku
Aku mengeluh seketika
Hati tahanlah…
Aku, Kamu, Dia, Mereka
Aku melihat
Aku mendengar
Tapi tiada satu pun menusuk,
melekat,
menggodaku,
menarikku,
Tiada…
Mereka di sempadan mula berkata-kata
Seolah-olah yang dihadapan itu tiada gunanya
Sudah,
Aku insafi
Mahu mendengar
Adakah terlewat?


p/s : Nukilan bukan selepas hujan tetapi semasa kelas Process Safety Prof Arshad
Hah! Idea itu di mana-mana sahaja…
Isn 24Ogos09 Selamat Hari Kejadian Siti Atiqah bt Adam

Comments (4)

Ini yang paling aku suka..hehe Thumbs up

Thanx!;p

thanks beb
terharu-maru, tersipu-pilu aku
ngeh ngeh ngeh

hihihi~~

Catat Ulasan