Manusia yang Bencana

Posted by Norazlizan Abd Rashid | Posted on 12:39 PTG | Posted in

Monsun datang lagi
Siang malam,hari menangis
Terlalu gembira,dicurahkan rahmat tak henti-henti
Bumi basah,langit mendung kerana awan berat setia melindungi
Tanah yang sakit merekah,sembuh subur dengan air yang meresap
Tasik yang  berpenyakit kering,kaya dan sihat dilimpahi air

Dahulu,
Panas membakar,
Terpaksa berkaca mata gelap pelbagai gaya ke sana sini
Terbawa-bawa pula ke dalam shoping mall
Huh poyo!
Pakaian juga makin kurang tutupnya
Panas..!

Kini
Hari menangis
Semua berpayung melindungi diri
Penunggang motosikal berbaju hujan ke tempat kerja
Kadang-kala lenjun disimbahi lopak-lopak deras oleh sang pemandu tidak berhati perut
Simpati pada mereka
Yang berada di rumah,diam
Malas dan tidur sahaja

Akan tetapi
Rahmat bertukar menjadi bencana
Menenggelamkan sebahagian kampung,pekan,bandar,negeri,negara
Semua berlari-lari mencari tempat berlindung
Bencana sudah tiba!

Oh! apa mungkin ini juga atas kesilapan manusia?
Tidak pernah berpuas hati
Sudah kaya ingin menjadi lebih kaya
Harta anak yatim kau kebas!
Yuran kolej kau tingkatkan!
Badan kerajaan kau swastakan!
Wang rakyat kau makan!
Umur pencen kau naikkan!
Harga petrol kau naikkan!
Harga tol kau naikkan!
Harga barang runcit turut kau naikkan!
Apa lagi?
Maka yang miskin terus miskin

Huh! Janji tinggal janji
Setelah kuasa di dalam genggaman
Mungkin Tuhan jadi marah
Lalu diturunkan balasan
Ah! orang seperti kau memang tidak sedar-sedar
Lantas ditudingkan jari atas kesalahan orang lain
Pertikaian di sana sini

Tenang sajalah semua
Aman sajalah semua
Akhirat kelak kau akan tahu




Comments (4)

ijaannn....

yes2! aku berjaya.
setelah 2 ari mencoba
hahaha

kak ejann ! hehe jmpe
hehhee wah dulu pnah ko ckp kt aku rasenye .. pali .. aku sbenarnye suke menulis .. tulis puisi .. rupe2nye mmg btol
heheehe

weh pali,aku ade ckp ker??wahhaaahahaha maluuu

Catat Ulasan